Tuesday, February 4

RESEPI NASI LEMAK SIMPLE DAN SENANG


nasi lemak simple dan senang
memandangkan semlam adalah hari cuti sempena hari wilayah, tetiba rasa mcm mo (nak) makan nasi lemask. So, dengan resepi dan petua yang saya belajar daripada my besties, saya pun cuba la masak sendiri. FYI, ini adalah kali pertama masak nasi lemak. So, mmg cara dan bahan2 ambik yang simple dan senang. Bila terer nanti boleh cuba yang lagi best.. So basically bahan2 untuk buat nasi lemak ni senang untuk didapati di kedai2 runcit. xperlu pegi pasaraya untuk cari.

Bahan untuk nasi:

4 gelas Beras (xkisah la jenis/ brand apa, ikut suka)
Santan 1 Kotak (saya pakai Ayam brand n kalo mo lemak lg blh tmbh ikut suka)
1 inci halia
1 biji bawang merah
Daun Pandan

bahan2 untuk nasi



Bahan2 untuk sambal:
20 tangkai cili kering (pakai cili blender giling pn ok) - dikisar
Ikan Bilis -dikisar
4 biji bawang merah (kalo tmbh bawang besar pn ok tp disebabkan mo simple so sy x letak) -dikisar
1 Cawan Asam jawa
Gula dan Garam secukupnya

Bahan2 lain:
Ikan bilis
Timun
Telur Rebus

Cara masak nasi:
Masukkan smua bahan2 untuk nasi dan masak nasi seperti biasa. Pastikan bila betul2 kering baru gaul. Gaul guna chopstik untuk elak nasi pecah n  xcantik.


Sementara masak nasi, boleh la masak bahan2 lain, mula2 goreng ikan bilis dlu. Biar garing sikit, letak garam skit dan angkat. 

telur jangan lupa!
Untuk Sambal yang sedap, org kata letak minyak lebih skit. Tapi saya letak sedang2. 
Petua dari kawan jg, Cili kering tadi sebelum kita blender kita rendam dgn air panas lpas tu masa blender letak minyak skit untuk bagi biji cili hancur. Saya malas buat so buang biji ala kadar hehe.. 
Tumis bahan2 yang dikisar tadi sehingga wangi. Lepas tu masukkan asam jawa dan tumiskan sehingga pecah minyak. Masukkan air sedikit demi sedikit smpi pekat. letak garam dan gula. Bila mcm agak2 sda masak boleh la hidang.


tadaaaa!! siapp boleh la makan!


hasil yang simple tapi kenyang!
 *cara penyediaan mungkin berlainan dan rasa mgkn berlainan. eheh


1 comment: